Sufi Quotes

do u realize , i spent much on IG ,wechat , and facebook than this blog? 凸(¬‿¬)凸 . peace

Tuesday, 27 April 2021

Pantun anak 1994

Terbang layang terbang,
Perlahan-lahan tali dilepaskan,
Aku mendongak rasa girang,
Layang-layang ku dekat dengan awan.

Rumah atas bukit,
Tepi kebun sayur cina,
Kadang sayur rembat sikit-sikit
Sebab keliling rumah hutan semua.

Main puteri-puteri dengan anak pak ngah,
Mereka tinggal dibukit bawah,
Kerana aku perempuan seorang,
Aku keluar sentiasa dilarang.

Waktu malam bertanya mama,
“sayang akak tak?”
Tersenyum jawab mama
“mama sayang akak”

Garaj kereta ayah bina,
Untuk Elak tapak kaki ayam,
Simen lantai aku yang jaga,
Tapi tengah panas hidung aku berdarah.

Malam itu mama marah,
Kerana baju aku penuh darah,
Aku masa budak mana tahu apa,
Baju main campak merata.

Masa tadika bawa botol susu,
Tapi botol dirampas cikgu,
Ayah sampai tergaru malu,
Itu terakhir aku minum botol susu.

Ayah guru yang garang,
Dia marah bila alat tulisku hilang,
Paling malu satu kelas tak jadi girang,
Semua berdiri sambil aku cari barang.

Petang aku sekolah agama,
Main picit berudu benda biasa,
Tapi ustaz ku tak biasa,
Bila aku bawa katak tunjuk depan muka.

Guru kadang keluar seminar,
Kadangkala ayah tiada dirumah,
Bila ayah garang aku tak suka,
Jadi bila tiada dia, aku gembira.

Aku ada adik, aku panggil dia abang,
Rakan sepermainan cuma lah abang,
Main dengan abang
Sentiasa dengan abang

Pagi-pagi kami lapar
mama dan ayah belum bangkit la pulak
Abang tengok tv perlahan kan suara
Milo serbuk dalam pinggan makan bersama

Main mak-mak, abang jadi anak,
pegang rotan konon-kononya,
mak nak masak, anak disuruh tidur
bila dikejut dia tidur betul-betul.

Pernah ponteng masa puasa
aku dan abang bergilir sama
pergi ke dapur kopek tin susu
kemam susu tepung satu sudu

Kanak-kanak ke sekolah agama,
belajar solat, belajar agama,
masa rehat paling aku suka,
Makan dan main itulah lumrah

Sekolah pertama di SK Raja,
Rasa selesa kawan ada,
Anak cikgu tak seronok rasa,
24 Jam dipantau saja.

Menconteng melukis paling aku suka
setiap buku nota di lakar-lakar
imaginasi semut menjadi manusia
kecil-kecil membuat kerja.

Agak cikgu kelas mengadu ayah
tentang aku suka conteng melakar
ayah dan mama marah dan menegah
diperiksa setiap buku nota

Ku cari buku nota lama
buat puas kan diri dengan melakar
tapi ada guru jadi marah
aku dihantar jumpa terus dengan ayah

Kerana pejabat tiada ayah
aku menunggu sambil terketar
tapi guru lain tersenyum lebar
diberi helaian kertas a4
mulai sekarang disini lah lakar
janganlah lagi dibuku nota

Guru besar beri 2 kata patah
semua duduk bosan dengar
ku kuis batu tiada kerja
terbaling kena kepala kelas sebelah

Jadi budak kampung ada seronoknya
tapi ada juga sedihnya,
Cemburu kawan guna Luna
Sedangkan aku jenama Swan sahaja

Darjah 3 aku pindah sekolah
Pindah ke rumah Muar
Satu sekolah dengan ayah
menjadi anak guru 3 bulan sahaja

Sk ayer hitam 18 namanya
itulah kali pertama,
berjumpa dengan si pujangga
Masih budak sudah punya rasa




I love art