Sufi Quotes

do u realize , i spent much on IG ,wechat , and facebook than this blog? 凸(¬‿¬)凸 . peace

Saturday 16 June 2012

cinta 100 hari


 
...
Cinta Cinta Cinta
adakala di satu waktu aku putus asa dengannya
ada satu saat aku tak ingin lagi mendekkati cinta..
ada satu detik,aku benci hati ku yang inginkan cinta

____________________________________________________________

Habiy dan Haniy sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Haniy: "Ahhh!! Aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat
bersama berkongsi waktu denganku
. "

Habiy: "Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang."

(Kedua-duanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Haniy: "Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom?"

Habiy: "Errr? Permainan apa?"

Haniy: "Ermmmmm ... sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku
jadi Gf tapi hanya untuk 100 hari saja ..... camnerr okay tak?
"

Habiy: "Baiklah ... lagi pon aku juga belum ada agenda apa-apa untuk beberapa
bulan nie
. "

Haniy: "Lerr ... cam tak ikhlas jerr .... nak tak nak?? ... Semangat sikitlah! Hari ini
akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang?
"

Habiy: "Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah citerr PGL
tengah now showing nie ..... Ajebb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau .. dia orang
kasi 4 bintang lagi.
"

Haniy: "OK sett!!! .... Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr ... agak-
agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak???
"

Habiy: "Boleh juga ..." (Mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Habiy menghantar Haniy pulang selepas itu)

Hari ke 2:
Habiy dan Haniy menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu
membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Habiy membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Haniy.

Hari ke 3:
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang
sahabat Habiy. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk
membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirihat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7:
Bermain bowling dengan teman-teman Habiy. Tangan Haniy terasa sakit kerana
tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Habiy memicit-micit tangan Haniy
dengan lembut.

Hari ke 25:
Habiy mengajak Haniy makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan
diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya.Mereka
duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan
suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Haniy memandang langit, dan
melihat bintang jatuh (shooting stars). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam
hatinya.

Hari ke 41:
Habiy menyambut ulang tahun. Haniy membuatkan kek ulang tahun untuk Habiy. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Habiy terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67:
Habiy dan Haniy menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The
World 's Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan.
Naik The Viking, makan eskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan.
Habiy menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Haniy, dan Haniy membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Habiy.

Hari ke 72:
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pamiran dari negeri Cina. Haniy mengajak Habiy untuk mengunjungi salah satu kiosk "Fortune Telling". Sang peramal hanya mengatakan "Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang" kemudian peramal itu menitiskan airmata.

PS: Jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak ... tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr ...
Hari ke 84:
Habiy mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi
kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan
berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi: Tang peluk-peluk nie pong ... korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk ... sama jugak macam yang kat atas tu ... sajerr nak panjangkan citerr ...

Hari ke 99:

Habiy memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs
Haniy: "Aku haus. Rest kejap okay."

Habiy: "Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum" Green Tea ";
You nak minum apa?
"

Haniy: "Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr"

Habiy mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama
memandu.


1530hrs
Habiy sudah menunggu selama 10 minit and Haniy masih belum kembali juga.
Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Habiy dengan wajah
panik.

Habiy: "Ada apa Cik?"

Orang asing: "Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam
kawan anda tadi
"

Habiy segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur
terik matahari siang, tergeletak tubuh Haniy bersimbah darah, masih memegang
botol minumannya. Habiy segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Haniy ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Habiy tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri ... sekejap mundar-mandir .. fikiran Habiy bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs
Doktor Zuhana: "Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik.
Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami
menjumpai surat ini dalam kocek bajunya
. "

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada
Habiy dan Habiy segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Haniy.
Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Habiy duduk disisi pembaringan Haniy dan menggenggam tangan Haniy dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Habiy merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua-dua belah matanya. Kemudian dia mula membaca surat yang telah ditulis Haniy untuknya.

Sahabatku Habiy ...
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku. Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya. Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjangkan hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam (shooting stars) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Habiy, aku sangat sayang padamu.


2358hrs
Habiy: "Haniy, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati
tika meniup lilin ulang tahunku? Aku pun berdoa agar Tuhan membenarkan kita
bersama-sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Haniy. Jangan tinggalkan aku, Ayang ... jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu ...!
"

Jam dinding berdentang 12 kali .... jantung Haniy berhenti berdetak.
Hari itu adalah hari ke 100 ...

Moralnya:
Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.
Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok.
Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak
akan pernah kembali lagi.

True love doesn't always have a happy ending, because true love never ends ....
Be more concerned with your character than your reputation, because your
character is what you really are, while your reputation is merely what others think you are

just copy paste :)


Sunday 26 February 2012

Kekasih Hujan

Guruh semakin kuat.Hujan semakin lebat.Aziemah tercari-cari tempat berteduh.
Dari jauh kelihatan sebuah pondok usang,dia terus berlari mendapatkan pondok tersebut.
Aziemah menggigil menahan kesejukkan tubuhnya.
''HAAAAACHOOOOOM....!!!Selesemalah aku esok nampaknya...''
rungut Aziemah.
''Nah ambillah..''Tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan sehelai tuala tebal kepada Aziemah.Lelaki
tersebut memandangnya dengan senyuman yang manis,Aziemah memandangnya kehairanan.
Dengan perlahan dia mencapai tuala tersebut.Lelaki tersebut dudukdan meletakkan payung yang dipegangya
di sebelah.
''Awak dari mana?sekarang hujan lebat,kenapa duduk sini seorang diri?''Lelaki tersebut bersuara
''Saya dari kelas tuisyen tadi,masa dalam perjalanan pulang ke rumah tiba-tiba pulak hujan,saya
nampak pondok ni,jadi saya berteduhlah sini kejap''Sahut Aziemah
''oohh..''

Suasana menjadi sepi,yang kedengaran hanyalah bunyi hujan yang membasahi bumbung pondok dan bunyi guruh yang berdentum sahaja.
''Kenapalah hujan tak berhenti lagi nie!Mesti mak aku risau tunggu aku kat rumah,kenapalah aku tak bawak
payung tadi..!''Rungut Aziemah,setelah sekian lama menunggu di pondok itu.Lelaki tersebut tersenyum
melihat gelagat Aziemah yang kegelisahan.

''Hujan dah renyai,mari saya hantarkan awak pulang.Itupun kalau awak tak kisah..''Lelaki itu bersuara.
''Boleh ke?tak menyusahkan ke?''
''Boleh,tak menyusahkan pun..''Lelaki itu membalas.
''Tapi,awak kena janji,jangan culik saya pulak atau apa-apakan saya..''
Lelaki itu tersenyum ''Ya saya janji...''
Mereka berdua berjalan di bawah 1 payung.Aziemah berasa kurang selesa kerana ketinggian lelaki
itu.Mereka kelihatan seperti sepasang kekasih.



''Nie rumah saya,Thanks sebab tumpangkan payung dan hantar saya pulang.Kesian awak pula yang basah..''
ucap Aziemah.
''Takpe,saya kan lelaki,kenalah lindungi perempuan..''Balas lelaki tersebut.
''Oh ya,nama saya lokman..awak Aziemah kan?''Balas lelaki tersebut

''Eh?mana dia tahu nama aku ni??''Desus Aziemah dalam hati.

''Ha ah..tapi macam mana awak tahu nama saya?''Tanya Aziemah
''Saya kann Spy..''
''Boleh kita kawan?sambung Lokman.''ermm bukan kita dah kawan ke?''Kata Aziemah,
''yeke?''Muka sepuluh sen Lokman.
''yelah kott,awak dah tahu nama saya,saya pun dah tahu nama awak..''tersenyum Aziemah
''Boleh eaa macam tuu..''Tanya Lokman
''Boleh kann jee...''Mereka berdua ketawa bersama
......................................................................................................

Seminggu berlalu.Aziemah menanti kehadiran Lokman di pondok mereka bertemu.
''Mana dia ni?Aku nak pulangkan tuala dia,mesti dia tercari-cari''Kata Aziemah sambil melihat kiri dan kanan,mengharapkan kelibat Lokman.Aziemah terpandang jam tanganya,lalu menjerit
''ALAMAK!aku dah lewat ni!mesti perhimpunan sekolah dah mula!!!''Aziemah mencapai beg sekolahnya
dan terus berlari ke sekolah.

''KRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINGGG..''Bunyi lonceng terakhir,menandakan tamat waktu persekolahan.
Aziemah gelisah,sejak melihat cuaca di langit menjadi gelap.Dia bimbang hujan turun lagi,kerana dia tidak
membawa payung.

Semasa berjalan pulang kerumah,hujan mulai menitis dengan laju.Aziemah terus berlari untuk sampai cepat
kerumah,Tiba-tiba

PAANGGG..!!!
''Adoi sakitnya...!''semua barang-barang Aziemah berterabur di atas jalan.
''Sorry Sorry Sorry!!!saya tak sengaja''Jelas orang yang terlanggar Aziemah.Mereka berdua saling
berpandangan.''AWAKK..!''ujar mereka serentak

Hujan semakin lebat,Lokman membantu Aziemah mengambil barang-barang Aziemah yang terabur di atas jalan,lalu berlari bersama menuju ke bangunan yang berdekatan.
''Dah lama saya cari awak,Nahh tuala awak,mesti awak cari kan?''Hulur Aziemah
''Takpe,awak ambil je lahh,saya tak kisah pun..''Balas Lokman.
Lokman memandang Aziemah yang kebasahan.Lokman mengambil tuala yang dipegang oleh Aziemah dan
mengelap pipi Aziemah dan rambut nya.Aziemah terkaku,mat mereka bertentangan.Jantung Aziemah
berdegup laju.
''Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak,saya selalu nampak awak apabila awak pulang dari sekolah.
Awak comel bila awak ketawa dengan kawan-kawan awak.Sejak kali pertama bercakap dengan awak,
hati saya kuat mengatakan yang saya suka kan awak,Aziemah..''Lokman meluahkan perasaanya dengan
suara yang gentleman sekali

''Ehh apa yang aku cakap ni???kenapa aku tiba-tiba berani luahkan??''
Desus Hati Lokman.

Kata-kata Lokman,membuatkan Aziemah kaku dan seperti tidak bernyawa.Jantungnya tidak berdegup
lagi,Aziemah terdiam.Tiba-tiba hujan berhenti,Aziemah memandang Wajah Lokman dan dia terus berlari
dari situ.
Di rumah,Aziemah seperti cacing kepanasan.Dia begitu gelisah,pipi nya begitu merah.Dia gembira sangat dan tidak terkawal ''Relaks Aziemah!ntah-ntah..dia guraw je tuuu!!!''

Keesokkannya Aziemah singgah ke caffe berhampiran sekolahnya untuk makan Kek Cokelat
kegemaranya,selepas pulang dari sekolahnya.
''Awak nak pesan apa?''Kata pelayan di Caffe itu.Aziemah melihat kad menu.''Ermm..saya nak
kek cokelat dan kopi susu ya..''Aziemah berkata lalu memandang ke arah pelayan tersebut.Aziemah
menunjukkan reaksi muka yang terkejut.
''Tunggu ya awak,sekejap lagi sampai..''
''Kenapa dia ada kat sini?macam mana dia boleh kat sini pulak??dia kerja sini ke?
ke ni kedai dia???''Aziemah begitu gelisah tak tentu arah,muka nya tersangat merah,kenapa
setiap kali fikir tentang Lokman,hatinya begitu tak tenteram.

Pada malam itu,Aziemah keluar untuk membeli barang.Setelah keluar dari kedai,hujan pula tujun dengan
renyai.
''Huh..nasib baik lah,aku bawa payung kali ini,kalau tak basahlah aku.''Aziemah membuka payungnya.
Entah angin apa yang merasuk Aziemah,Aziemah berjalan sambil bernyanyi.
Tiba-tiba langkahnya terhenti,matanya terpandang ke arah satu sudut.Dia melihat Lokman berjalan
dengan seorang gadis.Mereka kelihatan sangat mesra.Aziemah tidak suka melihat kemesraan mereka,
Mungkinkah ini perasaan cemburu.Aziemah meneruskan perjalanannya dengan hati yang begitu geram.
Lokman terlihat Aziemah lalu memanggilnya.''AZIEMAH..!''
Aziemah tidak mengendahkan panggilan oleh Lokman,walaupun berkali-kali dipanggil.
''siapa tu abang Lokman?''Ujar gadis genit yang berjalan bersama Lokman.Gadis itu merupakan
Teman baik Lokman,Azizah.mereka memang Akrab sejak kecil lagi.
''Dia lahh perempuan yang abang selalu ceritakan tu...''Balas Lokman.
''Budak perempuan yang abang tergila-gilakan sangat tu ke..?''
''Dia princess Beauty abang,she is so perfect sesangat..''Ujar Lokman lagi.
Azizah mencebikkan bibirnya kerana tidak puas hati.Dia telah lama menyimpan perasaan terhadap
Lokman sejak kecil lagi.Sejak Lokman sering bercerita tentang Aziemah,dia berasa dirinya tidak
diperlukan lagi oleh Lokman.

Aziemah berasa sangat marah.Perasaan cemburunya semakin membuak-buak
apabila memikirkan perkara tadi.
''ISHH...!!Kata suka kat aku,tapi jalan dengam perempuan lain''Aziemah baring di katil nya
sambil menghela nafas yang panjang,cuba menenangkan hatinya yang geram itu.
''Lokman,kenapa buat macam ni kat aku!aku suka kau sangat dan sesangatt,kau tahu tak!''Aziemah
penat memikirkan perkara tersebut,tanpa disedari dia terlena.
Pada masa yang sama,penyakit lama Azizah menyerang kembali.Dia telah dimasukkan ke hospital.
Lokman dan ibu Azizah sangat risau.
''Doktor,bagaimana keadaan anak saya?"Tanya ibu Azizah.
''Maaf,keadaan Azizah sangat kritikal sekarang,jantungnya sangat lemah.Dia perlukan
pembedahan secepat yang mungkin.''
Ibu Azizah terduduk,Lokman yang berada disitu cuba menenangkan perasaan Puan Athirah.
''Sabar makcik,sama-sama kita berdoa supaya Azizah cepat sembuh''

Setelah beberapa jam menunggu pembedahan Azizah selesai,Azizah dipindahkan ke wad biasa.
Keadaan Azizah semakin stabil namun dia masih perlu dipantau 24 jam.
''Macam mana keadaan awak,azizah..feel better now?''Kata Lokman yang duduk di sebelah katil Azizah.
''Semakin baik..''Ujar Azizah yang masih lemah.
''Abang Lokman,bolah tak janji jangan tinggalkan saya..''Sambung Azizah
''Kenapa cakap macam macam tu,kan abang selalu ada dengan Azizah..''Balas Lokman
''Abang Lokman merupakan sebab Azizah bertahan selama ini,abang lah semangat Azizah.Saya taknak
Abang tinggalkan saya,saya dah lama sukakan abang.Sejak abang selalu cerita pasal Azizah,saya rasa
sayatak diperlukan lagi.Saya.....''kata-kata Azizah terhenti,dia kelihatan sukar untuk bernafas.
Lokman panik,dia memanggil Doktor.Lokman gelisah memikirkannya Azizah,luahan perasaan Azizah
terhadapnya membuat dia keliru untuk membuat pilihan.Dia sayangkan Azizah dan pada masa yang sama
dia mencintai Aziemah dan mahu bersamanya.Lokman teringatkan Aziemah dia berlari keluar dari hospital dan menuju ke rumah Aziemah.Hujan lebat yang membasahinya tidak dipedulikan,dalam fikiran Lokman hanyalah Aziemah

Di rumah AziemahLokman memanggil-manggil nama Aziemah
''AZIEMAH!AZIEMAH!AZIEEMAHHH!''
Namun tiada siapa yang menyahut panggilannya.
Dia kemudian berlari menuju ke pondok mereka bertemu.Di seberang jalan,kelihatan Aziemah sedang
duduk diluar pintu pondok.Lokman terhenti.Aziemah melihat Lokman lalu menuju ke arahnya
dan memayungkan Lokman dari terkena hujan.Saat itu mengingatkan pertemuan mereka dibawah payung.
''Lokman,saya..''Sebelum sempat aziemah menyambung,Lokman terus memeluk Aziemah dengan erat.
''Saya ada sesuatu nak beritahu awak....''Kata Lokman,Aziemah terkaku dan terdiam,Lokman mengambil
tangan Aziemah dan meletakkan sebentuk cincin keatas tapak tangan Aziemah
''Aziemah,maafkan saya,walau apapun yang berlaku,saya nak awak tahu yang saya sungguh
mencintai awak dan sangat sayangkan awak Aziemah''Peluk erat Lokman sambil membisikkan di telinga
Aziemah
''Untuk kali terakhir,sampai mati pun saya mencintai awak,Aziemah..selamat tinggal Cintaku''
Aziemah kaku,menggigil,hatinya terluka dan pedih memikirkan Lokman pergi meninggalkannya,
perlahan-lahan air mata jernih mengaburi matanya dan mengalir ke pipi.
''Lokman kenapa?kenapa awak tak benarkan saya mengatakan dahulu?''Menitis air mata Aziemah melihat
Lokman pergi.''Saya sukakan awak..saya sukakan awak..saya..''itulah kata-kata yang terkunci yang
ingin disampaikan oleh Aziemah.

Badan Aziemah mulai lemah dan rebah ke tanah dalam kesedihan dan kesejukkan,cincin dan payung
yang dipegangnya jatuh.
Lokman tidak dapat menahan kesedihan meninggalkan perempuan yang dicintainya.Namun demi
Azizah dan Puan Athirah,dia terpaksa.
Ucapan 'saya sukakan awak' tak henti-henti diucapkan Aziemah.Dia tidak rela dirinya ditinggalkan
oleh Lokman.Aziemah menguatkan semangatnya untuk bangun.Dia berlari mengejar Lokman,semakin
lama,semakin hampir kepada Lokman.Hujan yang lebat menyebabkan penglihatanya sedikit kabur
''LOKMAN...!''Teriak Aziemah.

Tiba-tiba.''Pinnnnnn...Baannng...''
Kedengaran bunyi hon kereta dan hentakkan yang kuat.Aziemah terkejut,langkahnya terhenti.
Matanya sendiri menyaksikan orang tersayang kemalangan.
''LOKMAN..LOKMANN...LOKMANNNNN!!!''Jerit Aziemah,dia berlari mendapatkan
Lokman yang terbaring di jalan.Kepalanya berlumuran darah lalu Aziemah memangkunya.''Lokman,
jangan tinggalkan saya,saya sukakan awak,saya sayangkan awak,saya cintakan awak Lokman!awak
tahu tak...?''Tangisan Aziemah semakin kuat lalu Lokman yang masih sedikit sedar memegang pipi
Aziemah dan tersenyum.''Saya tahu,Terima kasih Aziemah kerana membalas cinta saya..Terima kasih
..''Lokman menyatakan dalam nada perlahan dan lemah,mulutnya dipenuhi darah,Lokman tahu
sudah tiba masanya dia pergi,Dia menghembuskan nafasnay yang terakhir.Aziemah tidak mampu
melakukan apa-apa,dia meraung dan memeluk Lokman sambil menyebut nama Lokman berulang
kali.Untuk kali terakhir,Aziemah mencium dahi Lokman..

2 Tahun berlalu..

Aziemah yang telah tamat pengajiannya dan menjadi pramugari di syarikat penerbangan Air Asia.Dia
sudah kembali hidup seperti biasa,Juri pula telah sembuh dari penyakit jantungnya,namun hidupnya
tak seindah dan seceria dulu.
''Oi Aziemah,apa yang kau tenung kat hujan tu...''Sapa Suzie,kawan sekerja dengan Aziemah.
''Hahh..tak de pelahh,cuma setiap kali hujan turun,aku akan teringatkan seseorang yang aku sayangi...''
balas Aziemah dengan senyuman''ouh jadi tak perlulah aku pikir lagi kau ni tak siuman sebab suka tenung
hujan''Mereka berdua ketawa bersama

''Disebabkan hujan,aku kenal dia...disebabkan hujan,aku jatuh hati padanya..dan
disebabkan hujan lahh...aku berpisah dengan dia....''Desus hatinya


............................................................................................................................


''Boleh kita kawan?kata lokman
''ermm bukan kita dah kawan ke?''Kata Aziemah,
''yeke?''Muka sepuluh sen Lokman.
''yelah kott,awak dah tahu nama saya,saya pun dah tahu nama awak..''tersenyum Aziemah
''Boleh eaa macam tuu..''Tanya Lokman

''Boleh kann jee...''Mereka berdua ketawa bersama




                                           TAMAT

I love art