Sufi Quotes

do u realize , i spent much on IG ,wechat , and facebook than this blog? 凸(¬‿¬)凸 . peace

Saturday 16 June 2012

cinta 100 hari


 
...
Cinta Cinta Cinta
adakala di satu waktu aku putus asa dengannya
ada satu saat aku tak ingin lagi mendekkati cinta..
ada satu detik,aku benci hati ku yang inginkan cinta

____________________________________________________________

Habiy dan Haniy sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Haniy: "Ahhh!! Aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat
bersama berkongsi waktu denganku
. "

Habiy: "Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang."

(Kedua-duanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Haniy: "Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom?"

Habiy: "Errr? Permainan apa?"

Haniy: "Ermmmmm ... sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku
jadi Gf tapi hanya untuk 100 hari saja ..... camnerr okay tak?
"

Habiy: "Baiklah ... lagi pon aku juga belum ada agenda apa-apa untuk beberapa
bulan nie
. "

Haniy: "Lerr ... cam tak ikhlas jerr .... nak tak nak?? ... Semangat sikitlah! Hari ini
akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang?
"

Habiy: "Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah citerr PGL
tengah now showing nie ..... Ajebb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau .. dia orang
kasi 4 bintang lagi.
"

Haniy: "OK sett!!! .... Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr ... agak-
agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak???
"

Habiy: "Boleh juga ..." (Mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Habiy menghantar Haniy pulang selepas itu)

Hari ke 2:
Habiy dan Haniy menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu
membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Habiy membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Haniy.

Hari ke 3:
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang
sahabat Habiy. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk
membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirihat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7:
Bermain bowling dengan teman-teman Habiy. Tangan Haniy terasa sakit kerana
tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Habiy memicit-micit tangan Haniy
dengan lembut.

Hari ke 25:
Habiy mengajak Haniy makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan
diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya.Mereka
duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan
suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Haniy memandang langit, dan
melihat bintang jatuh (shooting stars). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam
hatinya.

Hari ke 41:
Habiy menyambut ulang tahun. Haniy membuatkan kek ulang tahun untuk Habiy. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Habiy terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67:
Habiy dan Haniy menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The
World 's Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan.
Naik The Viking, makan eskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan.
Habiy menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Haniy, dan Haniy membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Habiy.

Hari ke 72:
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pamiran dari negeri Cina. Haniy mengajak Habiy untuk mengunjungi salah satu kiosk "Fortune Telling". Sang peramal hanya mengatakan "Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang" kemudian peramal itu menitiskan airmata.

PS: Jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak ... tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr ...
Hari ke 84:
Habiy mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi
kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan
berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi: Tang peluk-peluk nie pong ... korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk ... sama jugak macam yang kat atas tu ... sajerr nak panjangkan citerr ...

Hari ke 99:

Habiy memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs
Haniy: "Aku haus. Rest kejap okay."

Habiy: "Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum" Green Tea ";
You nak minum apa?
"

Haniy: "Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr"

Habiy mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama
memandu.


1530hrs
Habiy sudah menunggu selama 10 minit and Haniy masih belum kembali juga.
Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Habiy dengan wajah
panik.

Habiy: "Ada apa Cik?"

Orang asing: "Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam
kawan anda tadi
"

Habiy segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur
terik matahari siang, tergeletak tubuh Haniy bersimbah darah, masih memegang
botol minumannya. Habiy segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Haniy ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Habiy tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri ... sekejap mundar-mandir .. fikiran Habiy bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs
Doktor Zuhana: "Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik.
Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami
menjumpai surat ini dalam kocek bajunya
. "

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada
Habiy dan Habiy segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Haniy.
Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Habiy duduk disisi pembaringan Haniy dan menggenggam tangan Haniy dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Habiy merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua-dua belah matanya. Kemudian dia mula membaca surat yang telah ditulis Haniy untuknya.

Sahabatku Habiy ...
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku. Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya. Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjangkan hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam (shooting stars) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Habiy, aku sangat sayang padamu.


2358hrs
Habiy: "Haniy, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati
tika meniup lilin ulang tahunku? Aku pun berdoa agar Tuhan membenarkan kita
bersama-sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Haniy. Jangan tinggalkan aku, Ayang ... jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu ...!
"

Jam dinding berdentang 12 kali .... jantung Haniy berhenti berdetak.
Hari itu adalah hari ke 100 ...

Moralnya:
Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.
Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok.
Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak
akan pernah kembali lagi.

True love doesn't always have a happy ending, because true love never ends ....
Be more concerned with your character than your reputation, because your
character is what you really are, while your reputation is merely what others think you are

just copy paste :)


I love art