Sufi Quotes

do u realize , i spent much on IG ,wechat , and facebook than this blog? 凸(¬‿¬)凸 . peace

Monday 28 September 2015

Tips Cantik by Zarith




~~~~~~~~~~~~~~Hallu Hallu Halluuuuuuuuu..... !~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cikedout cuols .. apa ni apa ni ? Zarith yg buruk , sakai , selekeh ni nak bagi tips kecantikkan ? Whatttt the hells? eh eh eh Tak sedaq diri betoi...

Hahahahaha  la kau....

Eh suka hati aku la lahanat . Kau pi berambus , tak usah nyibok kat blog aku la lahanat... haha
#HatersGoDie

Lol , lah lah ingat aku ni apa? sesakai aku pun ada amalan aku Lah..dont judge nyah by my cover .
oke oke la... kita mulakan dulu , Amalan yang xperlu kan duit langsung , so sangat jimat gila untuk sesapa yang macam aku kedekut nak mampus

1. Air .

 pastikan minum air sekerap mungkin , air ni kita boleh umpamakan macam kolagen , but kolagen versi nature... jimat kan?? hee . 
Kalau nak tahu , air ni memang merawat segala penyakit dalam badan ,kecuali kanser la, i xtau apa2 plak...so example if muka cu ols kering ,merekah , gelap , ada wrinkles ...rajinkan amalan minum air kerap sekerap mungkin . In sya allah , dan untuk tahu badan kita cukup air ke idok , Tengok ayaq kencing hang , kaler jernih tu tanda sihat dan memang sepatutnya kau teruskan jeee....kalau selain dari kaler tu...tanda nya kau nak mampus cepat lah tu , kau kena minum sekerap sampai ayaq kencing kau jadi jernih... 

haha


kata lect i kan , kita tengok pokok, kalau nak segar bugar kena selalu bagi air kan? kalau xbgi ...dia mereput la of coz... so sama la kita sebagai manusia yang dijadikan Allah ni , 

2. Wap air

Wap air ni , khasiatnya boleh mengurangkan segala mak nenek jerawat dan memudahkan memicitkan jerawat-jerawat degil sedegil kuman . Serta bagi cu ols yang mengalami muka tegang , kering dan xselesa bila kering sangat , boleh amalkan cara ini . Aku dh cuba dah... siyez menjadi .
Muka pun obvious lembut dan senang picit jerawat dan segala hama kat muka aku ni. Heheh dan kalau nak tahu , bila kita wap kan muka , kan titisan air akan jatuh ke dalam baldi. kau boleh judge muka kau tu kotor ke tidak. kalau air baldi keruh, maka memang dalaman muka kau tu tak bersih.

*Tuala
*Air panas
*Baldi/Mangkuk( muat masuk muka kau)

Cara nya , kau poie la masak ayaq sampai mendidih , pastu tuangkan ke dalam baldi , dan selubung kan kepala dn muka ke dalam baldi dengan tuala mandi kau . Anggaran cadangan masa , 10 minit .Bagi yang tak tahan dan nak nazak , boleh selang seli amik nafas dan cuba tahan semampu nya. Sebab panas gila bila wap tu kena kat muka, kau nak bernafas pun memang gerenti guna mulut bukan hidung. Aku pun macam apa dah.......haish
bagi kulit sensetive macam aku , seminggu sekali dah memadai dah . Yang xde apa2 masalah , 3 kali seminggu pun boleh...No hal bro.....Wap air boleh dipakai 2 kali, tu sapa2 nak share baldi ngn roommate pun bole....haha

Tips tambahan : sebelum nak pakai mask/ segala apa mak nenek produk muka kau, wap kan dulu muka selama 5 minit . dan cuci pakai air suam dan baru la bole pakai produk muka kau yang menimbun yang ada macam2 jenis. Ini kerana , saat itu liang pori kita terbuka dan memudahkan produk muka tu meresap ke dalam muka kita dengan mudah dan berkesan .
Kalau sesapa ada masalah pori besar , setiap pagi amalkan tuam ais kat muka atau pun air sejuk. Keberkesanannya kurang diketahui, sebab den dengar dari mak den...den ni pemalas bangun pagi. Memang tak pernah la buat


Right now kita pergi ke amalan yang memerlukan duit.... hahahaha
Aku ni budak hostel , so aku memang xdelah nak pakai telur sebagai masker...sebab kedai runcit ..hmm sila lah google uitm lendu map , kedai runcit kat luar uitm dan keluasan uitm lendu ni tak mampu meyakinkan mak ayah belikan aku motor ,setiap hari jalan kaki turun bukit naik bukit. Macam harem...

1. Masker Hitam (Daiso)



Masker ni boleh didapati di kedai Daiso ,murah je.. Rm 5.50. Sebab dh GST kan..dulu RM 5.00 jer.
produk ni dari Japan dan ke best annya , dia menanggalkan kulit mati muka dan White head . Benda ni xdelah se megah produk mahal gila babi kat pasaran sekarang . Tapi aku ni jenis asal dapat jimat , benda ni okay la sebenarnya cuma proses dia tak se strong produk lain , tapi boleh lah.... 

pakai ni sekali seminggu je dah memadai.... kau pakai hari2, xrosak ke kulit kau nanti? hek hek

2. Pencuci Muka
Tak kira apa jenis jenama korang pakai , basuh dan sambil urut secara perlahan . Kita ni kalau manusia rambut sama hitam , hati lain-lain. Of coz, jenis muka pun berbeza. Aku ni plak jenis pakai pencuci jenama mahal-mahal. hahahahahahahaha lol xdelah, aku beli time promosi je . 

Jenama Pecuci muka yang dicadangkan 
*Etude House

*Jenama mahal dari korea dan jepun




(haha tak guna siak blogger ni , cadangkan benda mahal) aku cadangkan je , aku pun pakai jenama simply siti yang kaler pink uh.... boleh la... ngam...aku xbnyak masalah sangat pun.

Tapi aku tidak menyokong penggunaan jenama , Fairi and lovely , safi , shahirah 
maybe sebab kulit aku tak sesuai dengan produk tu , walaupun kat produk tu nyatakan dengan megah
SESUAI UNTUK SEMUA KULIT 
alee utoo la ..hoho...

3. Masker add on

korang boleh dapat masker yang murah kat SASA (bila dtg promosi lah) 
pakai seminggu 2 kali je , yang ni terpulang kalau korang nak cuba ke tak. korang nak guna putih telur sebagai mask pun boleh , xdehal .

menurut aku la , mask jenis macam ni menjaga kulit kita dan membina kembali struktur wajah kita..hee 

Sebaiknya pakai selepas korang wap kan muka... so dia lagi mudah menyerap....nampak ni bukti aku beli kat SASA masa promosi and dapat bnyk free gift lagi masker...
hoho

Lastly .. Actually aku baru start minum kolagen jenama KINOHITMISU , so tak tau lagi hasilnya...kalau hasilnya memang gila pundek nampak..kalau aku rajin,nanti aku share argh...hahaha

k la aku dah tahap bosan , sebab aku dah mula malas nak taip2.... 
roomate aku dh mula start dah ganggu aku.....kena layan...nnti kesian dia rasa forever alone lah plak
hahaha

after this aku share citer lain lak, Assalam cu ols , Goodnight ! mmmuahhh
xoxo Zarith

Saturday 26 September 2015

ringan jari , banyak masa

klik klik kilk......

Damn Damn Damn...assigmnt dateline sudah hampir ...dan aku masih kelaparan sambil buat bodoh je...hahah  . umpama kucing yang selalu main2 dn xpernah fokus .. hahaha aku la tu

                                                               

Feel terharu , sebab ada manusia dok usha blog aku..even aku bukan lagi tukang promote blog sendiri(eh xde kerja aku ah , aq bnyk kerja taw x)
apa pun , tenkiu beri beri much ...

Tu bukan lgi termasuk Stalker-stalker yang fanatik dengan aku atau pun yang membenci aku . Hahaha (sendiri mau terasa la dude) muahahaha....
     * oh pleaze , do i care ....as long kau bukan kat depan mata aku, dh lama dh aku belasah.

                                                                 
Aku sebenarnya tengah bosan , sakit kepala dan otw pikir idea untuk buat Portfolio Book dan pilih company untuk practical .... 
Aku dh tanya dah 3 company , Astro (sbb adik angkat aku pun apply situ) , Aking ( sebab dekat gila ngn rumah ) dan sirim ( aku pun xtau kenapa aku apply) 
so far .. nth la nokkk hahahahhahahahhaha

so tu je la... wey lapar wey........ yg si gemok mata 4 tu mesti tgah tido , jgn lupa janji dh la....esok nak balik melaka......

#xoxo zarith .
P/S : pasni bermula la karya teragung den

Thursday 17 September 2015

Semester 4 Degree 2015

Maka menaip lah daku . . .

Dengan suhu 27 darjah celcius , sejuk dan keadaan kabus putih (jerebu) dan baru sahaja lepas hujan ..
bapak sejuk gila.... and of course aku kat mana pulak , Lendu .
Semester ni , all batch course degree graphic berpindah ke Uitm Lendu,which is tempat asal mana aku bertapa selama 3 tahun masa aku diploma .Bapak bosan gila . For some people yang tahu , Lendu Melaka famous dengan apa...

Not gula melaka 

Not makanan apa nth melaka ada( aku tau makan je , so sorry sesangat #villagemalacca )

or apa2 branding product terkenal macam LOKAL (cehh promo)

But a Ghost story - mory..hahaha ,Nonsense right? tak la..aku 3 tahun duduk kat Lendu , siap bilik yang sama dan hostel yg sama..tu ha Dang merduwati... bangunan paling first dibina, dan sama umur dengan aku ni ha....and kebetulan , hostel tu agak puaka sikit..hehe....
Aku tau la ap ada kat situ ... macam2 ada... hihihi

Tapi sekarang ni , aku dah pun sambung degree , so hostel aku adalah di Tun Sabariah . Hostel Baru ,
even baru pun actually bahaya sikit , lagi suka dok tenggek2...semalam kawan aku ngadu dengar ad orang menjerit macam nampak ap ntah... huh... k cerita lain , bosan aku dengar . Hadap je lah , dah tau kat Sini banyak orang buang , lagi nak buat tempat tinggal . haih . 


dari luar tingkap aku , padahal baru lepas hujan , aku dah rasa macam tinggal kat cameron highland tau takk.... (Alhamdulillah) heee . ad jugak feel macam perantau sikit haha

Semester 4 , aku xtau nak komen apa ... subjek macam senang , tapi nak buat macam susah. Well selagi kita tak cuba kita tak tahu kan.... 

Haih tak tau nak cakap apa ntah , Eh memang mood orang perempuan ni memang kalau lapar dia jadi serba tak kena eh???
hahaha Kelaparan detect!! aku bukan apa , aku tengah sasarkan turun berat badan sebanyak 3 Kg , dan asalkan badan aku tak berat... aku bengang gila bila si bengong buncit Mata 4 cakap aku ni dah berat . kuang ajor . tak sedar diri betul ,
Baru-baru ni si Bengong buncit Mata 4 tanya aku , kenapa aku tak mintak dia teddy bear ?
Dan secara ringkas padat dan lumat aku bagitau ,

 ''nak bagi..bagi laa...kalau xsusahkan awak''

Terserlah kan ke memahamian aku ni . huarghh muntah darah . Haha , actually aku dah sampai tahap achieve goal as girly things tu dah takde dah . Maybe aku dah tak macam tu or aku rasa benda ni semua macam tak guna sebab aku dah pernah buat dengan segala mambang lelaki spesis tak guna. Maybe ? heee . 

I just like others girl . Who want sweet and happily ever after , and want things like ring , necklace , flower , chocolate and teddy bear . tapi aku pun spesis yang tengok belakang jugk , kalau dah orang tu xde duit tak kan aku nak nyusahkan jugak. Be reasonable la dude . hahahahahahaha

aku lapar.........................................
#yang sedang kebosanan . (^^) xoxo zarith

Konvokesyen UiTM Ke 82

Its look like i had enough live in a shadow for a moment ,
This is breaking my heart ..
Maybe i just not ready..
Maybe i just loose it..
This memory i held..
are always
in my
dear
heart..




Last photo dengan kelompok pasif ni . hahaha . gambar ni nampak macam candid , tapi sebenarnya dibuat-buat sebab , panas gila nak mati . 


Salah satu habit buruk aku kan , aku kalau rindu gila aku tak akan tunjuk , disebabkan bajet cool aku tu lah , im craving miss damn much sekarang . Dak cik sy ni dah sambung degree dekat shah alam dah.. haih . i miss you gemok!!!


menghabiskan sisa sisa sakat orang, tgok lah tu nabil and kamil...nth pape...
heee . abaikan abaikan abaikan .
















Barisan Ahli kelas C perempuan . Semua orang aku sayang , semua orang aku puas sakat dan semua orang tak pernah terlepas dengan Aku

dari kiri : Sado , Matahari , Galah , Pendek . haha .
segala ilmu dari kesemua master2 ni akan beta terapkan dalam hati .






Kelas C diploma AD111
Satu kelas buat kerja gila , panjat Bumbung bangunan AD
Satu kelas semangat ukhuwah
Satu kelas sama2 bangun
Satu kelas belajar dari bawah



sehingga kita bertemu kembali sahabat :)
She one in the million

Teringat moment masa kitorang satu kelas nak mendaki Gunung Angsi ,waktu tu Final dah lepas just tinggal Show kitorang je .... terserlah kerjasama time tu , and berat badan time tu jatuh mendadak ke 4 kg , huhuhu . And than
bila nak pindah barang ke Hostel lain atas arahan Pihak Hostel , aku terjatuh dalam longkang (sadis gila) dan aku mengalami pendarahan sampai nampak dohh tisu putih and tulang kaki . hewhew Rare kan aku...hahahha ( aku memang dah cukup puas kena sound dengan semua mangkok2 ni) dak kelas girl hantar aku g hospital ptg tu jugak .

And masa waktu malam , dak laki kelas bising suoh aku dok diam2 ( almaklumlah aku memang bukan jenis duduk diam) time tu tengah piknik habiskan sandwich husna ^0^

hmm so dpendekkan cerita , yes aku memang nakal dan hyper aktif gila...dan tahun ni jugak , masa aku kerja MCD , aku jatuh lagi dan kaki aku kena bucu besi..and berdarah lagi..... wow aku ni memang xreti duk diam kan....susahnya jadi aku...>.<

ni antara kenangan paling indah aku dapat , walaupun dah tak jumpa dah .. aku akan ingat ni sampai bila bila

WARGH ...sebak . K bai .

I love art