Sufi Quotes

do u realize , i spent much on IG ,wechat , and facebook than this blog? 凸(¬‿¬)凸 . peace

Saturday 22 October 2016

Pemalas

Aku masih disini

ya aku masih disini
cuba bangkit dari kemalasan dunia
laptop merah aku disisi aku
pen lukisan serta helaian-helaian buku lukisan disisi

perut mulai berkeroncong,
tapi aku masih disini
betapa malasnya untuk aku kedepan
demi kehidupan aku

aku masih disini
terkadang aku menggapai pen dan kertas
cuba sehabis daya mencurahkan idea
tetapi aku juga terkadang seperti kucing
sentiasa terganggu dengan segala benda

menaip laju di laptop
padahal aku ada kerja di kertas kosong itu
nampak tak bertapa mudah aku terganggu?
mata pun mula berat
perut masih kelaparan
perasaan malas masih berselubung

Ah malasnya!

ya aku masih disini
stalker semua manusia menjadi pilihan untuk aku
dari yang tidak ada kena mengena sehingga yang lekat di minda

aku masih disini
membuka lagu pula selepas ini
biarkan diri menagih dari lagu
terawang membawa ke kayangan
sambil cuba menumpahkan idea
di atas kertas lukisan ini

-PEMALAS

xoxo zarith

No comments:

I love art